Friday, 21 October 2016

PERUBAHANKU (My Love Cover) ~ THE FAITH

*khas buat yang sedang dan ingin berubah*

Kisah ini tentang aku
Yang sering menangis
Kerana ku
Berubah dan kembali
Ku bersungguh
Ku menempuh
Ku rempuh segala
Meninggalkan
Kisah silam ku itu
Walau aku sering jatuh tersungkur
Diri ku mara tanpa jemu

Perubahan ku ini
Bukan tuk memuaskanmu
Andai di cemuh
Ku takkan berundur lagi
Perubahan ku ini
Hanya kerana Ilahi
Demi cinta-Nya
Ku mampu bertahan...
Teman...

Kisah ini tentang aku
Yang sering mengeluh
Ku tak tetap
Pendirian ku kabur
Ku menangis
Ku terkapai
Hampirku mengalah
Menerima ujian yang melanda
Walau aku
Sering jatuh tersungkur
Namunku mara tanpa jemu

Perubahan ku ini
Bukan tuk memuaskanmu
Andai di cemuh
Ku takkan berundur lagi
Perubahan ku ini
Hanya kerana Ilahi
Demi cinta-Nya
Ku mampu bertahan...
Perubahan ini
Mulanya ku pedih
Namun ku temui
Bahagia yang hakiki...

Terus ku mara tanpa jemu...
Perubahan ku ini
Bukan tuk memuaskanmu
Andai di cemuh
Ku takkan berundur lagi
Perubahan ku ini
Hanya kerana Ilahi
Demi cinta-Nya
Ku mampu bertahan...

Aku ingin berubah
Bukan tuk disanjung
Andai di cemuh
Ku takkan berundur...
Perubahan ku ini
Hanya kerana Ilahi
Demi cinta-Nya
Ku mampu bertahan...
Teman...


Ingatlah, saat kita berhijrah menuju Allah SWT, Allah pasti akan hadirkan ujian demi ujian kepada kita. Kerana Dia ingin menguji ketulusan hati kita dalam mencari keredhaan-Nya. Syurga Allah sangatlah tinggi nilainya, jangan mimpi untuk masuk ke syurga tanpa diuji. Ahli syurga adalah mereka yang sabar, sabar dalam menempuh setiap ujian dalam hidup. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, kerana

" Bila Allah cinta kepada suatu kaum, maka mereka diuji.
Barangsiapa redha dengan ujian tersebut, maka Allah redha kepadanya.
Tetapi barangsiapa marah (tidak redha), 
maka Allah murka kepadanya."

Perlu ada redha Allah SWT dalam amalan kita. Bukan kerana mengharapkan pujian dari manusia tapi redha Allah yang diharapkan. Kerana itulah yang sepatutnya:)

No comments:

Post a Comment